Saturday, 25 July 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Sekitar Daerah Besut, Terengganu

Pengunjung yang mempunyai masa terluang bolehlah bersiar-siar di sekitar bandar Jerteh atau singgah bermandi-manda di Air Terjun Lata Tembakah atau LA Hot Spring yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tempat penginapan.

Bagi Pengunjung yang ingin merasai suasana di tepi pantai bolehlah mengunjungi ke Bukit Kluang atau Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 19 kilometer dari tempat penginapan.

Bagi mereka yang suka menikmati keindahan alam, bolehlah berjalan-jalan ke Empangan Jajar atau ke sekitar sawah padi yang berhampiran dengan tempat penginapan.






Rambai Homestay Address


Lot 96 Kampung Alor Keladi,
22000 Jerteh, Terengganu.

Selamat Datang Pengunjung Yang Budiman !

Rambai Homestay ini terletak di Kampung Alor Keladi. Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Bandar Jerteh, Terengganu.

Rambai Homestay ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada Pengunjung yang ingin merasai kelainan berehat atau tinggal di dalam suasana kampung. Di samping itu menggalakkan budaya melancung ke destinasi Balik Kampung atau Back to Nature.

Rambai Homestay dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan para Pengunjung.

Pengunjung yang menginap di sini mempunyai banyak pilihan samada bersiar-siar ke sawah padi berdekatan atau menikmati pemandangan di sekitar Empangan Jajar kira-kira 1 kilometer dari tempat penginapan. Pengunjung juga boleh bermandi-manda di Air Terjun Lata Tembakah atau LA Hot Spring yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tempat penginapan.

Bagi Pengunjung yang ingin merasai suasana di tepi pantai bolehlah mengunjungi ke Bukit Kluang atau Pantai Air Tawar yang terletak kira-kira 19 kilometer dari tempat penginapan.

Insyaallah Rambai Homestay akan dibuka untuk tempahan bermula 15 Ogos 2015.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

En. Mohamad Abdullah (012-7375845)
RambaiHomestay.blogspot.com
E-mail: rambaihomestay@gmail.com